Wednesday, 8 October 2014

GEOGRAFI

GEOGRAFI


SKALA DAN JARAK
1. Umum    1.1 Skala.- Skala ialah nisbah jarak di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
- Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan dan dibahagi dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan bumi.
- Skala lurus juga dikenali sebagai skala linear atau skala garisan dan kadangkala ada juga ahli geografi menyebutnya sebagai skala piktograf.
    1.2 Jarak.
- Jarak ialah jauhnya dari satu tempat ke tempat lain.
- Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu:
• Jarak Mutlak.
• Jarak Relatif.
- Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan unit ukuran jarak iaitu unit ukuran terdekat milimeter (mm) dan sentimeter (sm).
- Ukuran jarak jauh diukur dengan ukuran meter (m) dan kilometer (km).
- Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos dan masa.

2. Jenis-jenis skala lurus.          2.1 Skala lurus mudah.
       - Skala lurus mudah dilihat sebagai satu garisan yang dilukis dalam satu garisan nipis. 
  
             Rajah 3.1: Skala lurus mudah. Penerangan:
• a = Ruang unit di antara 0 dengan 1 dan seterusnya adalah jarak di atas peta yang diukur                 dalam unit sentimeter.
• b = nombor 0 hingga 6 yang terletak di atas pembahagian unit adalah jarak sebenar di atas
          permukaan bumi yang diukur dalam unit kilometer atau meter.
• c = Unit ukuran jarak yang digunakan.

   2.1.1 Menukarkan skala lurus mudah kepada skala penyata.
    - Skala lurus mudah boleh dinyatakan di dalam bentuk skala penyata berdasarkan kepada               asas menukar skala lurus mudah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.2. 
    
   
                        








                 Rajah 3.2: Kaedah menukar skala lurus mudah kepada skala penyata.

            Penerangan:
• a = Ukur ruang di antara nombor 0 dengan 1 dengan pembaris dengan menggunakan
          ukuran sentimeter.
• b = Pindahkan nilai angka yang terdapat pada nombor selepas nombor 0.
• c = Pindahkan unit ukuran dalam ruang unit ukuran.
• Jawapan yang anda perolehi ditulis sebagai 1Sm mewakili 1Km.

     2.2 Skala lurus penuh.
                - Skala lurus penuh dilukis menggunakan garisan tebal dengan skala bermula dengan nombor 1                    diikuti dengan nombor 0 seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.3.
               -  Dalam skala lurus penuh di bahagian sebelah kiri skala terdapat 1 unit yang dibahagikan dalam                    beberapa unit kecil untuk mewakili jarak sebenar di atas bumi yang lebih dekat.

                                                                           Rajah 3.3: Skala lurus penuh.
             Penerangan:
             • a = Ruang jarak di atas peta bagi ukuran unit terkecil yang biasanya mewakili jarak 100m.
             • b = Ruang unit di antara 0 hingga 1 dan seterusnya mewakili unit ukuran di atas kertas yang
                      biasanya diberi jarak 1sm.
             • c = Semua nombor yang terletak di atas garisan lurus merupakan jarak sebenar di atas permukaan
                      bumi.                  • d = Unit ukuran yang digunakan di dalam peta



No comments:

Post a Comment