SAINS
SAINS
Organisma
berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara dan bagi
pelbagai tujuan. Terdapat banyak interaksi atau hubungan antara
organisma hidup, antaranya adalah mangsa-pemangsa, persaingan
intraspesies, persaingan interspesies, simbiosis, komensalisme,
mutualisme dan juga parasitisme. Jom kita kupas satu persatu.
1) Mangsa-PemangsaIni adalah hubungan antara organisma yang memakan organisma lain dan juga organisma yang kena makan.
Bagi organisma yang memakan organisma lain, kita sebut sebagai
pemangsa, manakala organisma yang kena makan kita sebut sebagai mangsa.
Contoh hubungan ini adalah hubungan antara ular dan burung. Ular sebagai pemangsa dan burung sebagai mangsa.
2) Persaingan a) Persaingan IntraspesiesHubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang sama.
Sebagai contohnya, hubungan antara orang utan yang bersaing sesama spesies mereka sendiri dalam mendapatkan makanan.
b) Persaingan InterspesiesHubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang berlainan.
Contoh hubungan ini adalah hubungan interaksi antara dubuk dan juga harimau ketika berebutkan makanan yang sama.
3) SimbiosisHubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama. Ada yang mendapat faedah, dan ada yang mendapat kerugian.
a) KomensalismeKomensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah daripada organisma lain tanpa menjejaskannya.
Sebagai
contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora
akan memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak
mendapat apa-apa (faedah / kerugian)
b) MutualismeMutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-duanya mendapat faedah.
Sebagai
contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala kerbau. Burung
gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan
kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada kutu yang
menghisap darahnya. Kerbau tidak perlu garu sebab gatal.
c) ParasitismeParasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah, manakala yang satu lagi mendapat kerugian.
Contohnya
adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan
memperoleh faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia,
tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap
oleh cacing tersebut.
No comments:
Post a Comment