Wednesday, 8 October 2014

GEOGRAFI

GEOGRAFI


SKALA DAN JARAK
1. Umum    1.1 Skala.- Skala ialah nisbah jarak di atas peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
- Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan dan dibahagi dalam beberapa unit kecil untuk mewakili jarak tertentu di atas permukaan bumi.
- Skala lurus juga dikenali sebagai skala linear atau skala garisan dan kadangkala ada juga ahli geografi menyebutnya sebagai skala piktograf.
    1.2 Jarak.
- Jarak ialah jauhnya dari satu tempat ke tempat lain.
- Jarak terdiri daripada 2 jenis iaitu:
• Jarak Mutlak.
• Jarak Relatif.
- Jarak mutlak ialah jarak sebenar antara dua tempat yang diukur menggunakan unit ukuran jarak iaitu unit ukuran terdekat milimeter (mm) dan sentimeter (sm).
- Ukuran jarak jauh diukur dengan ukuran meter (m) dan kilometer (km).
- Jarak relatif ialah jarak diukur secara perbandingan dengan menggunakan kos dan masa.

2. Jenis-jenis skala lurus.          2.1 Skala lurus mudah.
       - Skala lurus mudah dilihat sebagai satu garisan yang dilukis dalam satu garisan nipis. 
  
             Rajah 3.1: Skala lurus mudah. Penerangan:
• a = Ruang unit di antara 0 dengan 1 dan seterusnya adalah jarak di atas peta yang diukur                 dalam unit sentimeter.
• b = nombor 0 hingga 6 yang terletak di atas pembahagian unit adalah jarak sebenar di atas
          permukaan bumi yang diukur dalam unit kilometer atau meter.
• c = Unit ukuran jarak yang digunakan.

   2.1.1 Menukarkan skala lurus mudah kepada skala penyata.
    - Skala lurus mudah boleh dinyatakan di dalam bentuk skala penyata berdasarkan kepada               asas menukar skala lurus mudah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.2. 
    
   
                        








                 Rajah 3.2: Kaedah menukar skala lurus mudah kepada skala penyata.

            Penerangan:
• a = Ukur ruang di antara nombor 0 dengan 1 dengan pembaris dengan menggunakan
          ukuran sentimeter.
• b = Pindahkan nilai angka yang terdapat pada nombor selepas nombor 0.
• c = Pindahkan unit ukuran dalam ruang unit ukuran.
• Jawapan yang anda perolehi ditulis sebagai 1Sm mewakili 1Km.

     2.2 Skala lurus penuh.
                - Skala lurus penuh dilukis menggunakan garisan tebal dengan skala bermula dengan nombor 1                    diikuti dengan nombor 0 seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.3.
               -  Dalam skala lurus penuh di bahagian sebelah kiri skala terdapat 1 unit yang dibahagikan dalam                    beberapa unit kecil untuk mewakili jarak sebenar di atas bumi yang lebih dekat.

                                                                           Rajah 3.3: Skala lurus penuh.
             Penerangan:
             • a = Ruang jarak di atas peta bagi ukuran unit terkecil yang biasanya mewakili jarak 100m.
             • b = Ruang unit di antara 0 hingga 1 dan seterusnya mewakili unit ukuran di atas kertas yang
                      biasanya diberi jarak 1sm.
             • c = Semua nombor yang terletak di atas garisan lurus merupakan jarak sebenar di atas permukaan
                      bumi.                  • d = Unit ukuran yang digunakan di dalam peta



SAINS

SAINS

Organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara dan bagi pelbagai tujuan. Terdapat banyak interaksi atau hubungan antara organisma hidup, antaranya adalah mangsa-pemangsa, persaingan intraspesies, persaingan interspesies, simbiosis, komensalisme, mutualisme dan juga parasitisme. Jom kita kupas satu persatu.
1) Mangsa-PemangsaIni adalah hubungan antara organisma yang memakan organisma lain dan juga organisma yang kena makan. Bagi organisma yang memakan organisma lain, kita sebut sebagai pemangsa, manakala organisma yang kena makan kita sebut sebagai mangsa. 
Hubungan mangsa pemangsa Contoh hubungan ini adalah hubungan antara ular dan burung. Ular sebagai pemangsa dan burung sebagai mangsa.
2) Persaingan a) Persaingan IntraspesiesHubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang sama.

Hubungan persaingan intraspesiesSebagai contohnya, hubungan antara orang utan yang bersaing sesama spesies mereka sendiri dalam mendapatkan makanan.
b) Persaingan InterspesiesHubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang berlainan.
Hubungan persaingan interspesiesContoh hubungan ini adalah hubungan interaksi antara dubuk dan juga harimau ketika berebutkan makanan yang sama.
3) SimbiosisHubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama. Ada yang mendapat faedah, dan ada yang mendapat kerugian.
a) KomensalismeKomensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah daripada organisma lain tanpa menjejaskannya.

Hubungan komensalismeSebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah / kerugian)
b) MutualismeMutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-duanya mendapat faedah.

Hubungan mutualismeSebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala kerbau. Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap darahnya. Kerbau tidak perlu garu sebab gatal.
c) ParasitismeParasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah, manakala yang satu lagi mendapat kerugian.

Hubungan parasitismeContohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan memperoleh faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing tersebut.







BAHASA INGGERIS

BAHASA INGGERIS

“One is one and all alone” is a science fiction. The story takes place in the year 2045. The main character is a girl who is eleven. Her name is Trish. She is on board a spaceship traveling to a planet called Trion. Her mother has gone to Trion earlier. Her father is traveling with her in the spaceship. She is very lonely because her father is very busy with work. She has no siblings and friends. A computer becomes her diary. This computer teaches her language and spelling. She also plays games. She loves to play a game called Pop Star where she acts as a pop star. The computer teaches her about the word ‘clone’. This gives her an idea. She makes a clone of herself and calls it Clo. Clo and Trish are identical. They even think the same way. At first Trish was happy to have Clo to accompany her but things began to change. Having a clone as a companion was fun at first but soon the clone wore the girl down. She was so fed up that she decided to get rid of the clone. However, there is a twist to the story. As clones can think alike, it was Clo who actually got rid of Trish by dumping her outside the space-ship as space rubbish. She then took on the role of Trish for the rest of the journey.

BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU

  • SINOPSIS MENGISAHKAN SEORANG GADIS GENIUS DALAM BIDANG IT BERUSIA 13 TAHUN BERNAMA BASIRAH YANG MENJALANI PRAKTIKAL DI SEBUAH SYARIKAT IT SWASTA DI KOTA KINABALU. DIA DIBEBANI DENGAN MASALAH VIRUS BUSUT YANG SUKAR DIATASI. KOMITMEN BASIRAH TERHADAP TUGASANMEMBUATKAN DIA TERASA BOSAN KERANA TIDAK DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI REMAJA-REMAJA LAIN YANG SEUSIA DENGANNYA. SEMASA BERADA DI SANA, BASIRAH KURANG MENDAPAT KERJASAMA PADA RAKAN SEKERJANYA YANG MEMANDANG RENDAH KEMAMPUAN MEMANDANGKAN USIANYA YANG TERLALU MUDA. SALAH SEORANG RAKAN KAKAKNYA, MEMBERIKAN CADANGAN AGAR MEMERANGKAP PENCEROBOH DIGITAL YANG CUBA MENCEROBOH MAKLUMAT BERKAITAN PERTAHANAN NEGARA. BERKAT SOKONGAN AHLI KELUARGA, PENSYARAH DAN RAKAN-RAKANNYA, DIA DAPAT MENGATASI MASALAHNYA.AKHIRNYA DIA BERJAYA MENCIPTA SATU SISTEM UNTUK MENGATASI MASALAH VIRUS BUSUT TERSEBUT. DIA MENDAPAT PUJIAN DARIPADAPENSYARAHNYA ATAS KEBIJAKSANAANNYA MENYELESAIKAN MASALAH ITU. RAKAN SEKERJA YANG MEMANDANG RENDAH KEMAMPUAN BASIRAH SEBELUM INI MENGAKUI KEPINTARANNYA.